"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB:Syafiqqah

Nov 29, 2013

VITAMIN UNTUK CANTIK

*VITAMIN APA YANG SIHAT UNTUK KULIT CANTIK ??*


*Vitamin E with Grape Seed Extract 


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 



Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.



SUMBER

Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 



KEKURANGAN

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :


♥ 
Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.

♥ 
Penuaan kulit sebelum masa.

♥ 
Rambut gugur

♥ 
Anemia



11 Kebaikan Grape Seed Extract Yang Terdapat Dalam Vitamin E Shaklee


1) Mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat. 

2) Melambatkan proses penuaan. Jadi sesiapa yang amalkannya akan awet muda la lepas makan Vitamin E ni secara berterusan. Kulit pun jadi flawless, berseri-seri, and shining. 

3) Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts : bertindak dengan cara melancarkan saraf.

4) Banyak benefit untuk wanita lepas bersalin yang menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat. Dapat jugak mengurangkan stretch mark hodoh di perut.

5) Mengurangkan kesakitan bila PMS datang. Jadi baguslah untuk siapa2 yang mengalami PMS yang teruk.

6) Mengurangkan parut luka di kulit 

7) Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku.

8) Boleh meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki

9) Dikenali jugak sebagai Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri. 

10) Membantu masalah pigmentation kulit. dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam jugak (bagi wanita lepas bersalin)

11) Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat. 




*Vitamin C 


ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.



ANDA ADA MASALAH JERAWAT DI BAHAGIAN BELAKANG BADAN??!!

OH YA, KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI INI, ANDA AMAT DISARANKAN UNTUK MENCUBA SET VIT C & E INI YE :)


  

DI SINI SAYA SERTAKAN BEBERAPA PETUA LAIN :

Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung. Baca tips dan petua kami dan belajar bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang anda untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik.

Basuhan kerap

Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.

Pengelupasan

Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai badan yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.

Rawatan menggunakan ubat
Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.

Utamakan pakaian anda

Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.

Sumber


Sms 013-4697950 untuk order




cash on delivery Jitra




harga tidak termasuk postage









0 comments Budak Comel:

DISCLAIMER

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. idea - idea ini didapati dari pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni - testimoni dari pelanggan yang sudah menggunakan SHAKLEE dan sbgnya.
Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan yang berkaitan.